Laporan Aktiviti & Berita

Guru Pembina Negara Bangsa



Tarikh: 17 Julai 2010

Tempat: SJK (C) Chi Hwa Sandakan

WARGA SMK ELOPURA ( SEKOLAH BESTARI PERDANA ) PEMBINA NEGARA BANGSA

Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Sandakan dimeriahkan dengan komitmen 52 orang warga guru SMK Elopura. Mereka berjaya membentuk pasukan koir yang mantap. Pasukan ini diketuai oleh Cik Monica Loh sebagai konduktor telah menyampaikan dua buah lagu tema utama iaitu Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa.

Majlis tersebut diadakan di dewan SJK (C) Chi Hwa pada 17 julai 2010. Ianya dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah iaiti Pn Hjh Maimunah Hj Saibul. Kehadiran 1000 orang guru dari sekolah-sekolah menengah dan rendah daerah Sandakan menjadi wadah kecemerlangan berterusan.

Pasukan koir ini membuktikan bahawa SMK Elopura sebagai Sekolah Bestari Perdana tetap menunaikankan janji dalam piagam pelanggan iaitu :

  1. Sentiasa komited dengan kecemerlangan
  2. Mengutamakan kepuasan pelanggan
  3. Menjadi perintis dan pemimpin dalam pendidikan

Syabas dan Tahniah……… Selamat Hari Guru……….