Laporan Aktiviti & Berita

Hari Anugerah Kokurikulum 2010



Tarikh : 1 Ogos 2010

Tempat : Dewan Pesona, SMK Elopura Sandakan

Masa: 8:00 pagi – 12.00 tengahari

Hari Anugerah Kokurikulum ini diadakan bagi melahirkan dan membentuk pelajar baik dalam bidang kepimpinan mahupun bidang sukan sepanjang tahun 2010. Bersesuaianlah dengan tema Karnival Kokurikulum pada tahun ini iaitu “Disini Lahirnya Pemimpin 1 Malaysia”. Majlis Perasmian Hari Anugerah Kokurikulum dan Penangguhan Karnival Kokurikulum 2010 ini disempurnakan oleh Tuan Hj Sh Mahada Bin Sh Attar Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan. Turut hadir dalam memeriahkan lagi Hari Anugerah Kokurikulum ini ialah En. Salamun Bin Ali Yang Dipertua PIBG dan ibu bapa. Pelbagai kategori anugerah yang disampaikan sempena Hari Anugerah Kokurikulum ini, antaranya ialah penyampaian anugerah kepada AJK Tertinggi Unit Beruniform, Persatuan/Kelab, Permainan dan NICHE. Selain itu, penyampaian sijil kepada para pemenang pertandingan permainan dan anugerah kecemerlangan Kokurikulum bagi Unit Beruniform, Unit Permainan dan Kelab/Persatuan yang cemerlang sepanjang tahun 2010.