Laporan Aktiviti & Berita

Hari Anugerah Kecemerlangan Elobest 2017



Tarikh : 1 April 2017

Tempat : Dewan Persona SMKE

SIBUGA: SMK Elopura telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan Elobest 2017 bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar PT3, SPM dan STPM 2016. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk Juslie Haji Ajirol, ahli Parlimen P.184 Libaran merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian P.184 Libaran. Dalam ucapan beliau menyentuh aspek perubahan dan kemajuan yang berlaku di SMK Elopura. Beliau menekankan bahawa SMK Elopura perlu terus berusaha meningkatkan kualiti dan pencapaian dalam menandingi Malay College Kuala Kangsar (MCKK) suatu masa dahulu.

Dalam majlis ini, beliau menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar Gemilang PT3, iaitu adik Azizul bin Darwis dan adik Kasmawati Omar. Sijil dan hadiah turut disampaikan kepada adik A.B Rahimie bin A.B Rojhan, pelajar Gemilang SPM dan juga adik Nurfaizatul Aini binti Asik, pelajar Gemilang STPM. Penghargaan turut diberikan kepada 34 orang guru SMK Elopura yang telah berusaha gigih dan mencatatkan peningkatan pencapaian kualiti pelajar PT3, SPM dan STPM 2016.

Sebelum itu, Siri Mini Dialog Perdana TN50 telah disampaikan oleh En. Mohd Fazil Ajak, mantan YDP Pertama Alumni SMK Elopura dan NRC11 Sabah. Sesi ini berlangsung selama sejam bersama 50 orang pelajar.

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.