Hari Anugerah Kecemerlangan STPM/SPM/PMR 2010
Tarikh : 16 April 2011
Tempat : Dewan Persona
Hari Anugerah Kecemerlangan STPM/SPM/PMR 2010 telah berlangsung pada hari Sabtu, 16 April 2011 bertempat di Dewan Pesona Smk Elopura, Sandakan, Sabah. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Juslie Kk Ajirol selaku Ahli Parlimen Libaran. Turut hadir dalam majlis ini, Pengerusi PIBG : Encik Salamun Bin Ali dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan : En. Kelawan. Seramai 163 penerima anugerah pada hari tersebut. Penerima Anugerah kecemerlangan PMR seramai 87 orang, Penerima Anugerah kecemerlangan SPM seramai 71 orang dan Penerima Anugerah kecemerlangan STPM seramai 5 orang. Pelajar yang telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi STPM/SPM/PMR 2010 adalah seperti berikut:

Pelajar Terbaik STPM
1. Mardianah binti Mustaming – 3A 1B + (NGMP : 3.75)
Pelajar Terbaik SPM
1. Jumisah binti Jabir – 7A 3B
Pelajar Terbaik PMR
1. Nurul Farah Shamimi bt Amlee – 8A 1B
Secara keseluruhan, majlis berlangsung dengan jaya. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Juslie Kk Ajirol di atas sumbangan hadiah kepada penerima anugerah. Ucapan terima kasih juga kepada AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta semua yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

































