Laporan Aktiviti & Berita

Hari Anugerah Bestari 2010



Tarikh: 24 April 2010

Tempat: Dewan Persona SMK Elopura Sandakan

Tetamu kehormat: En. Karim bin Jalil, Pegawai Perhubungan UMNO Libaran mewakili Yang Berhormat Datuk Juslie KK Ajirol Ahli Parlimen Libaran Sandakan

Pada 24 April 2010 (Sabtu)  SMK Elopura telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Bestari untuk menghargai pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun 2009. Majlis ini dirasmikan oleh En. Karim bin Jalil, Pegawai Perhubungan UMNO Libaran mewakili Yang Berhormat Datuk Juslie KK Ajirol Ahli Parlimen Libaran Sandakan.

Dalam majlis ini seramai  69 orang pelajar yang telah memperoleh A dalam peperiksaan PMR , 44 Orang pelajar memperolehi A dalam peperiksaan SPM dan seramai 10 orang pelajar memperoleh A dalam peperiksaan STPM pada tahun 2009. Dalam majlis ini pelajar terbaik turut memberikan ucapan berkaitan dengan kejayaan yang diperolehi iaitu diketuai oleh adik Harianti Hakim yang merupakan pelajar cemerlang STPM, Adik Chin Su Mi pelajar cemerlang SPM dan Adik Erna Shahira Otoh merupakan pelajar cemerlang PMR.

Majlis ini turut dihadiri oleh En Salamun Ali  YDP PIBG SMK Elopura, AJK PIBG, guru-guru  serta ibu bapa pelajar yang menerima anugerah untuk sama-sama meraihkan majlis yang amat bermakna ini.

Pelajar Terbaik PMR 2009: Erna Shahira Otoh

Pelajar Terbaik SPM 2009: Chin Su Mi

Pelajar Terbaik STPM 2009: Harianti Hakim