Laporan Aktiviti & Berita

English in Action



Tarikh: 25 – 26 Mac 2011

Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Pelajar Tingkatan 6 dari SMK Elopura dan SMK Batu Sapi mendapat manfaat dalam program ‘English in Action’ yang dikendalikan oleh Encik Teh Sharifuddin Abdullah dan Encik Keith Khong Hou Keat dari Universiti Kuala Lumpur dan Malaysian Spanish Institute.

Para peserta mendapat pendedahan dalam pelbagai aktiviti yang membantu mereka untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan keyakinan. Antara aktiviti yang berlangsung adalah ‘Construction of Team Tower’, ‘Jazz Chant’, ‘Presentation Skills’, ‘Amazing Race / Japanese Auction’ dan lain-lain.

Upacara penutupan program dua hari ini telah disempurnakan oleh Pn Basarah Basar, Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Elopura Sandakan.