Laporan Aktiviti & Berita

Ekspedisi Bermula, Doakan Kami



Tarikh: 23 – 24 Jun 2011

Tempat: Kinabalu National Park

Pasukan Ekspedisi 1Elobest Menawan Puncak Kinabalu akan bertolak dari SMK Elopura pada 23 Jun 2011 (Khamis), jam 5.00 pagi. Dijangkakan mula mendaki ke Laban Rata pada hari yang sama jam 11.00 pagi. Pada keesokannya, mereka akan mula mendaki dari Laban Rata sehingga ke puncak Gunung Kinabalu seawal jam 2.00 pagi. Justeru itu,  dipohon agar semua warga Elopura mendoakan keselamatan dan kejayaan pasukan ekspedisi untuk menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara dengan mengibarkan bendera SMK Elopura.

Pasukan kami terdiri daripada:

Guru:

  1. En. Wee Fwen Yep
  2. En. Azman Bin Abas
  3. En. Aziz Bin Bakar
  4. En. Amiruddin Bin Palaloi
  5. Pn. Idawany Binti Ahmad
  6. Cik Daphne Davina David Fernandez

Pelajar:

  1. Datu Mohd Hazlan Bin Datu Ali Nafiah (6.2.2)
  2. Dg. Fazilah Binti Mat Sain (6.2.3)
  3. Firdaus Bin Jasni (6.2.3)
  4. Isah Binti Mohd Hassan (6.2.2)
  5. Ismawati Binti Iswan (6.2.1)
  6. Jaiven Salait (6.2.4)
  7. Jumah Binti Pen (6.2.3)
  8. Manisa Binti Abdu Rauf (6.2.2)
  9. Marhaya Binti Bakri (6.2.5)
  10. Mohammad Shahiman Bin M. Sani (6.2.3)
  11. Mohd Reezmin Bin Ismah (6.2.3)
  12. Norizam Binti Abdullah (6.2.3)
  13. Nur Farhana Binti Juani (6.2.2)
  14. Nurlisah Binti Jalil (6.2.2)
  15. Nurul Atika Binti Jamba @ Jainuddin (6.2.5)
  16. Nurul Khamisah Binti Maidin (6.2.3)
  17. Sahliza Binti Samsul (6.2.3)
  18. Sitti Aisa Binti Kahal (6.2.2)
  19. Syamila Binti Hanip (6.2.3)

Para pelajar dan guru giat berlatih sejak perlancaran program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah latihan di sekolah, mendaki bukit di Sandakan Rainforest Park, latihan di Tangga Seribu serta aktiviti kutipan dana bagi ekspedisi ini.