SMK Elopura Johan Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Bahagian Sandakan
Tarikh : 26 April 2011
Tempat : Dewan Persona, SMK Elopura
SMK Elopura telah menjadi tuan rumah Inter Secondary School English Drama Competition Sandakan Zone 2011. Pertandingan ini merupakan salah satu program sokongan Bahasa Inggeris Jabatan Pelajaran yang diadakan pada setiap tahun. Sebanyak 8 buah sekolah daerah Sandakan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Antara sekolah yang bertanding adalah SM. St. Cecilia, SM.Sung Siew, SMK Perempuan, SMK Beluran, SMK Elopura, SMK Batu Sapi, SM St Michael dan SM St Mary.
Pasukan tuan rumah SMK Elopura telah berjaya menjadi johan pertandingan tersebut. Tempat kedua disandang oleh pasukan SM Sung Siew dan tempat ketiga serta skrip terbaik disandang oleh SM St Cecilia. Adik Marliana Ghanie dari SM Sung Siew telah terpilih sebagai Pelakon Terbaik. Dua hadiah saguhati masing-masing dimenangi oleh SMK Batu Sapi dan SMK Beluran. Majlis penutupan dirasmikan oleh Penolong PPD, Tuan Haji Soje Hassan.
Pasukan SMK Elopura yang seramai 15 orang telah mempersembahkan drama yang bertajuk ‘Trails of the Rainforest’ di bawah bimbingan Puan Ng Con Nie, Cik Faridah Hj. Mohd. Noor, Cik Monica Loh dan Puan Nurhazirah Abdullah. Semoga kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga Elopura untuk menempa kejayaan di peringkat negeri yang dijangka diadakan di Penampang, Kota Kinabalu.






























