Laporan Aktiviti & Berita

Latihan CPR Sains Sukan



Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Satu latihan CPR untuk pelajar-pelajar Sains Sukan Tingkatan 6 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini. Para pelajar mendapat pendedahan kaedah CPR yang terkini yang telah dikemaskini sejak tahun 2005. Prosedur CPR kini merangkumi 30 tekanan dada dan 2 hembusan nafas bantuan. Sebelum dikemaskini, tekanan dada CPR hanya sebanyak 15 kali sahaja. Prosedur terkini ini turut diperakui oleh Institut Jantung Negara serta American Heart Association. Latihan ini dikendalikan oleh En. Lau Chee Loong, Pegawai Penjaga Latihan, Bulan Sabit Merah Malaysia, Cabang Sandakan. Seramai 14 orang murid kelas Tingkatan 6.2.4 mendapat manfaat daripada latihan tersebut. Turut serta guru Sains Sukan mereka En. Leonny Leo.