Laporan Aktiviti & Berita

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR 6 ATAS SESI 2016/2017



TARIKH : 9 MEI 2017 (SELASA)

TEMPAT : DEWAN PERSONA, SMK ELOPURA

How to be an excellent student? Demikianlah antara isi ceramah motivasi oleh puan pengetua SMK Elopura, Pn. Hjh Kalsom Binti Hj. Ab. Aziz  pada 9 Mei yang lalu. Ceramah  tersebut yang dilaksanakan khusus untuk para pelajar tingkatan enam atas sebagai sasaran utama, berjaya dilaksanakan oleh beliau selama satu jam, iaitu bermula pada jam 7:00 hingga 8:00 pagi. Dalam ceramah tersebut, puan pengetua berusaha untuk meningkatkan motivasi para pelajar tingkatan enam atas yang bakal menduduki peperiksaan STPM Penggal 2 dalam masa terdekat ini supaya mereka mempunyai matlamat diri yang lebih jelas dan berfokus. Antara cabaran puan pengetua untuk diberi perhatian oleh para pelajar adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat straight A’s  (4A) dalam peperiksaan STPM.

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.