Cakna Pantau PMR 2010
Tarikh: 06 April 2010
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Dirasmikan oleh: En. Salamun Bin Ali, YDP PIBG SMK Elopura
Satu majlis bagi Program Kecemerlangan PMR Cakna Pantau Mentor-Mentee 2010 telah berlangsung pagi tadi di Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan. Majlis tersebut disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Elopura, En. Salamun Bin Ali. Dalam ucapan beliau, En. Salamun menyeru para pelajar untuk menyahut cabaran PMR dengan semangat yang tinggi kerana generasi ini sudah sangat bertuah jika berbanding dengan pelajar zaman beliau. Pada masa yang sama, En. Salamun turut berkongsi beberapa cerita untuk memberi motivasi kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih. Suasana majlis meriah.
Program Cakna Pantau ini diselaraskan oleh Pn. Chia Soon Yee di bawah Pengurus Projek Pn. Safariah Bt Md Ayop. Para pelajar diberi peluang untuk mengenal secara rasminya guru-guru mentor masing-masing. Semoga dengan adanya kerjasama erat sedemikian keputusan PMR 2010 akan meningkat seperti yang diharapkan.






























