Laporan Aktiviti & Berita

Bengkel Kepimpinan



Tarikh: 23 Jan 2010

Tempat: Bilik Simulasi, SMK Elopura Sandakan

Penceramah: En. Mohd Tan Bacho (Pengetua SMK Sandakan II)

Ceramah kepimpinan oleh En. Mohd Tan Bacho bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengahari. Ceramah bermula dengan aktiviti suai kenal berkumpulan. Penceramah menekankan tentang pentingnya  semangat kerjasama dan saling membantu untuk menjayakan sesuatu aktiviti disamping menanamkan rasa tanggungjawab setiap individu untuk sentiasa berkerja dalam pasukan dan bersama-sama membina kejayaan.

Pada sebelah petang pula, satu bengkel (latihan dalam kumpulan) telah dijalankan. Para pelajar dibahagikan kepada lapan kumpulan dan masing-masing diberikan satu tugasan untuk dibincangkan di dalam kumpulan mengikut masa yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas majong dan pen untuk memudahkan mereka membentangkan hasil tugasan yang telah diberikan.Setelah itu setiap wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan pelajar lain disertai dengan sesi soal jawab. Hasil pembentangan dihantar kepada Pn Jurianah Jali untuk tujuan dokumentasi. Sesi perbentangan tamat pada 4.30 petang.

Sepanjang bengkel ini, para pelajar dapat memanfaatkan sesi perbincangan dengan mengemukakan idea yang bernas serta mewujudkan sikap toleransi serta semangat perpaduan yang tinggi.