Pemberian Wang Bantuan Awal Persekolahan
Tarikh: 22 November 2011
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Pada 22 November 2011 bersamaan hari Selasa, SMK Elopura telah melaksanakan pengagihan wang bantuan kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat. Ramai ibu bapa berasa gembira dan bersyukur dengan pengagihan wang bantuan tersebut. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan persekutuan di atas pemberian peruntukan wang bantuan tersebut yang telah meringankan beban ibu bapa dan pelajar membeli kelengkapan sekolah untuk tahun 2012. Dasar Transformasi Orange SMK Elopura 2012-2014 sebagai pemangkin gerakerja pasukan yang cemerlang. Terima kasih, tahniah dan syabas kepada pasukan guru-guru dan AKS yang telah menyumbang bakti dengan cemerlang.
























