Pemain Badminton ke MSSM Peringkat Kebangsaan
Tarikh: 11 Jun 2010
Tempat: Ipoh, Perak.
Kejayaan pelajar SMK Elopura dalam Kejohanan badminton pada tahun ini bermula dalam Kejohanan Badminton MSSD Sandakan yang diadakan di Dewan Badminton SM St. Mary pada 30 Mac 2010 yang mana Pasangan Mohd. Mashyir Ahmad dan Brandon Caine Mail merangkul tempat kedua dalam acara bergu lelaki bawah 18 tahun dan pasangan adik beradik Mohd. Raziq Latip dan Mohd. Shadli Latip mendapat tempat ketiga dalam acara yang sama.
Sementara itu, dalam Kejohanan Badminton MSSB Sandakan yang diadakan pada 19-20 April di Kinabatangan. Brandon Caine Mail telah berjaya mendapat johan dalam acara perseorangan dan bergu lelaki bawah 15 tahun dan Mohd. Mashyir Ahmad juga mendapat johan dalam acara bergu lelaki bawah 18 tahun. Kejayaan kedua-dua pemain ini membolehkan mereka mewakili Bahagian Sandakan ke Kejohanan Badminton MSS Negeri Sabah yang diadakan di Kota Belud pada 7-9 Mei.
Brandon Caine Mail sekali lagi meneruskan kejayaannya apabila mendapat naib johan dalam perseorangan dan bergu lelaki bawah 15 tahun. Beliau terpilih mewakili negeri Sabah ke MSSM peringkat Kebangsaan yang diadakan di Ipoh, Perak pada 7-11 Jun 2010.




























