Asian Wetlands School Network Exchange Programme 2011
Tarikh: 15 – 19 Mac 2011
Tempat: Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan
Asian Wetlands School Network Exchange Programme telah berlangsung di RDC Sandakan pada 15 Mac 2011. Pendaftaran hari pertama melihat peserta dari pelbagai negara termasuklah kanak-kanak, belia serta peserta dewasa yang terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah. SMK Elopura Sandakan telah diwakili oleh Cik Goh Bee Yean berserta dengan dua orang pelajar tingkatan 4. Selain itu, anggota barisan Sepilok Jr Ranger yang membantu dalam pengelolaan program juga terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Elopura seperti Adik Isaac Joel Petol.
HARI PERTAMA: 15 Mac 2011 (Selasa)
Barisan Sepilok Jr Ranger serta staf RDC telah menyediakan satu sesi suai kenal yang menarik di mana para peserta sama ada yang mudah mahupun yang tua turut terhibur dalam aktiviti yang disediakan. Selain daripada memupuk sifat kekitaan, aktiviti suai kenal ini dapat menyumbang kepada terjalinnya satu persahabatan antarabangsa di mana para peserta saling berkenal-kenalan. Sebelum sesi bermula, penyelaras program telah meminta para peserta untuk bertafakul (observe silence in reverence) bagi mengingati mangsa tsunami di Jepun. Peserta dari Jepun diberi setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian penglibatan mereka walaupun tanah air mengalami bencana alam. Ini turut mengingatkan para peserta kepentingan menjaga dan menghargai keindahan dan sumber alam yang ada di ‘wetlands’ kita.
Selepas sesi suai kenal, para peserta telah diberi peluang untuk menonton satu dokumentari mengenai ulu Kinabatangan dimana ia merupakan satu-satunya kawasan Ramsar di Sabah. Melalui dokumentasi ini, para peserta mendapat gambaran keunikan hidupan liar di Sabah.
HARI KEDUA: 16 Mac 2011 (Rabu)
Seawal 7:00 pagi, para peserta telah pun bersiap sedia menunggu ketibaan tetamu-tetamu khas bagi majlis perasmiaan. Dilihat pasukan menyambut tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli niche Kebudayaan serta Seni Silat mendapat perhatian umum. Ketibaan tetamu khas, YB Penyuki Matta, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan disambut meriah oleh pasukan gombang SMK Elopura. Turut hadir bersama adalah Encik Fidelis Edwin Bajau, Timbalan Pengarah mewakili Pengarah Jabatan Perhutanan, Cik Reiko Nakamura, Ramsar Centre Jepun, serta Encik Maurice Lineman, Ramsar Regional Centre rantau ini.
Para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian yang disampaikan oleh Sepilok Junior Rangers yang memaparkan kehidupan di ecosistem ‘wetlands’. Majlis disempurnakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Fidelis Edwin Bajau yang diikuti oleh Ucapan Perasmiaan Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Peter Pang En Yin yang telah disampaikan dengan sempurna oleh wakili beliau, YB Penyuki Matta. Dalam ucapan beliau Datuk Peter Pang mengalu-alukan kedatangan semua peserta dan merasa terharu kerana Sandakan, tempat lahir beliau telah dipilih untuk menganjurkan program ini. Para peserta diseru untuk belajar serta berhibur sepanjang mereka berada di sini. Turut hadir dalam majlis perasmiaan adalan para pentadbir dari pelbagai sekolah di Sandakan antaranya adalah Pn Aau Fui Lin, PK KOKUM, SMK Elopura.
Program hari kedua diikuti dengan lawatan ke Sepilok di mana para peserta berpeluang melihat secara dekan haiwan-haiwan yang jarang kelihatan. Menurut Cik Goh, peserta dewasa dari SMK Elopura, beliau berpeluang melihat ‘Sun Bear’, beruang terkecil di dunia yang merupakan keunikan Sabah. Sebaik sahaja selesainya makan malam, setiap kumpulan telah membuat persembahan mengenai projek masing-masing. Pembentangan ini sememangnya membuka mata dunia terhadap kemampuan para remaja dalam memerlihara alam sekitar. Pasukan SMK Elopura dibawah pimpinan Cik Noorhuda Ghawi telah menyampaikan hasil kajian mereka di bawah tajaan Petronas Sains. Pembentangan memakan masa selama 2 jam. Walaupun penat, usaha para peserta remaja dan kanak-kanak amatlah membanggakan.


























































