Laporan Aktiviti & Berita

Atlet olahraga SMK Elopura tunjuk taring



Tarikh: 1 Feb 2011

Tempat: Kompleks Sukan Sandakan (Jemputan SMK Batu Sapi)

Atlet olahraga SMK Elopura mula memberikan amaran awal kepada pesaing-pesaing lain dengan memenangi emas bagi kategori lelaki dan perempuan dalam kejohanan olaharaga jemputan lari berganti-ganti yang dianjurkan oleh SMK Batu Sapi.

Kategori perempuan yang dibarisi dua orang pelari senior dan dua orang pelari junior meninggalkan jauh pasukan SMK Muhibbah di tempat kedua. Kategori lelaki yang diwakili oleh pelari-pelari senior juga menunjukkan prestasi yang sama meninggalkan peserta-peserta lain sejak daripada pelari pertama lagi.

Kategori: Perempuan (4x 100m)

  1. Merrey Gabali
  2. Siti Nursyafiqah Idayu
  3. Cherrynicebyella Vitus
  4. Nurhidayah Mohd Alwi

Kategori: Lelaki (4x 100m)

  1. Huzaifah Samti
  2. Abdul Ajim Otuh
  3. James Wong
  4. Corey Felino Hendry

Kejohanan yang disertai ini adalah sebagai latihan pemanasan untuk Kejohanan MSSD, MSSB dan MSS Sabah 2011. Atlet-atlet olaharaga niche olahraga SMK Elopura mensasarkan sekurang-kurangnya lima orang pelajar akan terpilih mewakili Daerah Sandakan ke peringkat MSS Sabah 2011 yang akan berlangsung di Keningau pada bulan April.