Laporan Aktiviti & Berita

Acara Sukan Bermula



Masa: 8:00 pagi

Tarikh: 15 Mei 2010

Tempat: Padang SMK Elopura Sandakan

Acara Sukan Tahuanan Ke-33 bermula hari ini dengan persiapan padang serta salingan bagi beberapa acara sukan padang termasuklah:

  1. Rejam Lembing
  2. Lempar Cakera
  3. Lontar Peluru
  4. Lompat Tinggi
  5. Lompat Jauh

Persiapan padang serta pengurusan sukan tahunan kali kini bukan sahaja diuruskan oleh para guru yang berwibawa malah dibantu oleh kumpulan pelajar sains sukan SMK Elopura.

Lebih banyak lagi acara akan dipertandingkan mula 19 Mei 2010 nanti dan kemuncak Sukan Tahunan Kali Ke-33 adalah pada 26 Mei 2010.