“A Star in the Making”

Tarikh : 11-15 April 2011
Tempat : Lahad Datu, Sabah
Brandon Caine sekali lagi meneruskan kecemerlangan dalam sukan badminton apabila layak ke MSSM Peringkat Kebangsaan dua tahun berturut-turut. Dalam Kejohanan Badminton MSS Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di Lahad Datu, pada 11 – 15 April 2011, beliau berjaya mendapat naib johan dalam acara kegemarannya iaitu beregu lelaki bawah 18 tahun. Beliau yang baru sahaja berusia 16 tahun dilihat pemain yang berpotensi untuk ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan. Beliau dan pasangannya, hampir untuk merangkul kejuaraan apabila telah berjaya menewaskan pasangan beregu pilihan pertama dalam separuh akhir tetapi tidak dapat meneruskan permainan dalam perlawanan akhir apabila pasangannya mengalami kecederaan. Sementara itu, beberapa kejohanan yang telah disertai oleh pemain niche badminton sekolah juga telah melakarkan kejayaan.
Berikut merupakan senarai kejohanan dan pencapaian pemain-pemain:
Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Sandakan (26-27 Februari 2011):
Johan Perseorangan Lelaki Bawah 16 Tahun: Brandon Caine Mail (4.1)
Johan Beregu Lelaki Bawah 16 Tahun: Brandon Caine Mail (4.1)
Naib Johan Perseorangan Lelaki Bawah 14 Tahun: Jeremy Jeffirin Lapongan (1.2)
Naib Johan Beregu Perempuan Bawah 14 Tahun: Siti Nursheila Binti Latip (1.4)
Ketiga Beregu Lelaki Bawah 14 Tahun: Jeremy Jeffirin Lapongan (1.2)
Ketiga Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun: Darren Clement (5.1)
Kejohanan Badminton MSSD Sandakan (1-3 Mac 2011):
Naib Johan Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun: Muhammad Raziq Bin Latip (5.1)
Naib Johan Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun: Brandon Caine Mail (4.1)
Ketiga Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun: Muhammad Raziq Bin Latip (5.1)
Ketiga Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun: Zanariah Binti Jan (4.4)
Ketiga Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun: Jeremy Jeffirin Lapongan (1.2)
Ketiga Beregu Perempuan Bawah 15 Tahun: Siti Noor Haffizah Binti Mazari (3.2)
Ketiga Beregu Perempuan Bawah 15 Tahun: Siti Nursheila Binti Latip (1.4)
Kejohanan Badminton MSSB Sandakan (8-9 Mac 2011):
Johan Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun: Brandon Caine Mail (4.1)






























