Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Tarikh: 2 Julai 2011
Tempat: SMK Elopura Sandakan
2 Julai 2011 merupakan hari istimewa dimana murid-murid dan guru-guru seluruh negara turut serta dalam Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. SMK Elopura menyediakan pelbagai aktiviti sempena program ini. Hari ini turut melancarkan Karnival Kokurikulum 2011. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan fusal, pertandingan badminton, pertandingan bola jaring dan pertandingan bola keranjang.
Dasar ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Mac lalu. Dasar ini bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.
Semoga Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini dapat menyemarakan semangat sukan para murid.








































