Laporan Aktiviti & Berita

Pembentangan Pelan Taktikal Ko-kurikulum 2011



Tarikh: 22 September 2010 (Rabu)

Masa: 1:40 – 3:00 petang

Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Pada hari ini, Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari daripada setiap Unit Ko-kurikulum Tingkatan 6 membuat pembentangan pelan taktikal masing-masing bagi tahun 2011. Pembentangan merangkumi perkara seperti program, objektif, strategi, tempoh pelaksanaan serta kos perbelanjaan dan indikator pencapaian. Unit yang terlibat termasuk Kadet Polis, Prostar, Kelab Bola Jaring, Puteri Islam, Kelab Badminton, Kelab Bola Sepak, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Pengajian Am.