Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012 Pesta Ang Pau 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

SMK Elopura Sandakan meraikan Tahun Baru Cina dengan Pesta Ang Pau 2012. Pesta kali ini berjalan lancar dibawah penyelarasan Cik Medelinah Hendrikus. Pesta Ang Pau bermula dengan tarian singa dan diteruskan dengan pelbagai persembahan dan permainan yang menarik. Warga SMK Elopura mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua.

Sejarah Ringkas

Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura terletak di KM18 Jalan Labuk adalah antara sekolah menengah yang terdapat di daerah Sandakan, Sabah. Sejarah sekolah ini bermula seawal 2 hb Januari 1976 apabila ia diwujudkan dengan menumpangkan muridnya di SRJK (C) Syn Hwa,Km 14, Jalan Labuk, Sandakan. Pada mulanya, sekolah ini cuma mempunyai 257 orang murid sahaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Nama SMK Elopura sebenarnya berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu “Ero Pula” yang membawa maksud “Bandar Indah “.

Pada tahun 1982 bilangan pelajar telah mencapai 766 orang. Pertambahan pelajar ini menyebabkan kekurangan bilik darjah untuk menempatkan pelajar tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, satu lagi cawangan SMK Elopura telah diwujudkan iaitu di SRJK (C) Pei Hwa, Km 20, Jalan Labuk, Sandakan di mana 4 kelas Tingkatan 1 bersama 5 orang guru telah ditempatkan di situ. Manakala pentadbiran masih lagi bertempat di SRJK (C) Syn Hwa, Km 14.

Pada Mac 1982, bermulalah lembaran baru bagi sekolah ini apabila bangunan SMK Elopura di Km 18, Jalan Labuk sebagaimana yang tersergam seperti sekarang mula digunakan walau dalam keadaan yang sedikit kekurangan terutamanya dari segi fizikal sekolah yang masih dalam proses untuk dilengkapi dan tenaga pengajar yang terbatas. Pada Mac 1982, sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Abdul Rahman Hj. Arshad iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan 2 Malaysia ketika itu.

Pada tahun 1985, sekolah ini telah dinaikkan gred kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Gred B dan selanjutnya pada tahun 1991 dinaikkan ke Gred A . Kini SMK Elopura menerima pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah rendah sekitar seperti SK Sungai Manila, SK Luboh, SK Gum-Gum Kechil, SK Padas, SK Ladang Sandak, SK Sibugal Besar, SRJK (C) Pei Hwa, SRJK (C)Ming Chung, SRJK Syn Hwa dan SK Gum-Gum bagi memasuki kelas-kelas Tingkatan 1 dan Peralihan. Sementara pelajar-pelajar aliran Sains dari sekolah-sekolah seperti SMK Gum-Gum, SMK Bukit Garam dan turut memasuki sekolah ini dalam kelas-kelas Tingkatan 4. Pelajar-pelajar dari SMK Beluran, SMK Bukit Garam, SMK Telupid, SMK Pinangah, SMK Pamol dan SMK Gum-Gum pula turut menjana ilmu di sini selaku pelajar Tingkatan 6 saban tahun.

Sejarah juga tercatat apabila sekolah ini terpilih sebagai salah sebuah Sekolah Rintis Bestari bersama 88 buah sekolah Bestari yang lain di seluruh Malaysia yang memulakan sessi pengajaran dan pembelajarannya pada Januari 1999.

KRONOLOGI PEMBESTARIAN SMK ELOPURA
1995 Dicalonkan sebagai Sekolah Rintis Bestari oleh Pejabat Pendidikan Bahagian Sandakan
1998 Terpilih sebagai satu-satunya Sekolah Rintis Bestari di Bahagian Sandakan (5 buah di Sabah atau di kalangan 88 buah di Malaysia)
1999 Perlaksanaan Sekolah Rintis Bestari
Penghantaran Kursus 12 minggu, guru-guru Sumber matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu
2000 Pemasangan sistem rangkaian dan penyediaan infrastruktur bestari
2001 Pemasangan perkakasan seperti Pelayan, Komputer, LCD, Komputer Riba, pencetak dan lain-lain
Penghantaran Kursus Jangka Pendek SSMS dikalangan pentadbir dan guru-guru di Kuala Lumpur
Pemasangan sistem bestari dan SSMS pada semua rangkaian pelayan dan komputer
2004 Versi terakhir SSMS (melengkapkan 32 aplikasi) siap dipasang dan digunakan
SMK Elopura bersedia sebagai sekolah contoh Bestari di Bahagian Sandakan
2006 SSMS digantikan dengan WSMS dan LCMS yang berasaskan server
2007 Penggunaan WSMS & LCMS berasaskan web telah dilancarkan
2008 Naik taraf perkakasan & peralatan ICT
Elopura menjadi Sekolah Bestari Perdana