Slideshow Image 1 Slideshow Image 2 Slideshow Image 3 Slideshow Image 4 Slideshow Image 5

Mesej daripada Pengetua
SMK Elopura Sandakan

Pn Hjh Kalsom Abd Aziz bermula bertugas sebagai pengetua SMK Elopura Sandakan sejak April 2008 lagi.

Selamat Tahun Baru Cina

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T., akhirnya kerja-kerja pembaikan SMK Elopura yang telah bermula sejak tahun 2010 kini sudah selesai. Usaha ini amatlah sesuai dengan visi SMK Elopura untuk mencapai Kecemerlangan pada tahun 2011. Kecemerlangan yang ingin dikecapi bukan sahaja dari segi fizikal tetapi merangkumi semua aspek. Kini dari segi infrastruktur, sekolah kita telah melangkau satu langkah yang besar ke arah kecemerlangan itu. Pada tahun ini, matlamat sekolah adalah untuk melihat peningkatan yang lebih menonjol dari segi akademik. Usaha yang gigih perlu diberi oleh semua warga SMK Elopura.

Pelajar didahulukan, Pencapaian diutamakan‘ bukan hanya satu slogan semata-mata, malah ia adalah satu visi yang perlu diterjemahkan dalam kerja harian kita sebagai pendidik. Walaupun banyak cabaran, namum pihak sekolah yakin dengan rahmat daripada Allah S.W.T., usaha kita tentu akan berjaya.

Pada bulan Februari ini, masyarakat Tiong Hua akan meraikan Tahun Baru Cina. Walaupun musim perayaan ini dipenuhi segala rintangan terutamanya cuaca yang semakin tidak menentu, tetapi saya berharap agar semua warga Tiong Hua SMK Elopura Sandakan sama ada guru ataupun pelajar dapat meraikan perayaan tahunan mereka dengan penuh semangat. Semoga perayaan ini dapat disambut dengan meriah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para pelajar untuk memanfaatkanlah cuti-cuti perayaan ini untuk berpesta serta juga untuk mengulangkaji agar mereka dapat menunjukkan kecemerlangan masing-masing sekembalinya mereka ke sekolah untuk Gempur Minda Pertama. Bagi guru-guru pula, selamat bercuti bersama keluarga tersayang.

Akhir sekali tidak dilupakan dengan ucapan syabas dan “Gong Xi Fa Cai” kepada semua.

Sekian. Wassalam.

Hjh Kalsom Abd Aziz
Pengetua
SMK Elopura Sandakan
Januari 2011