Slideshow Image 1 Slideshow Image 2 Slideshow Image 3

Mesej Pen. Kanan Ting. 6
SMK Elopura Sandakan

Pn. Basarah Bakar mula berkhidmat di SMK Elopura Sandakan pada tahun 2006. Pada Januari 2008, beliau dilantik ke jawatan Penolong Kanan Tingkatan 6.

Mesej Khas PK Tingkatan 6

Kewujudan satu segmen khas di laman web rasmi sekolah bagi menyebarkan aktiviti-aktiviti Tingkatan 6 merupakan sesuatu perkembangan baru yang amat dialu-alukan. Perancangan kemasukan segmen Tingkatan 6 telah dirancang sejak proses pembaharuan laman web sekolah bermula tahun 2009. Kini, peringkat pertama telah pun selesai. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa SMK Elopura Sandakan mampu membawa pembaharuan secara ‘bestari’.

Pelajar Tingkatan 6 semestinya memerlukan kemahiran ICT yang lebih jika berbanding dengan adik-adik mereka dalam tingkatan lain. Adalah harapan pihak pentadbir bahawa lebih banyak lagi komponen interaktif yang akan dimasukan dalam laman web sekolah untuk golongan pra-universiti SMK Elopura Sandakan.

Para ibu bapa pula berpeluang menggunakan laman web ini untuk mengetahui secara khusus aktiviti-aktiviti serta program-program tingkatan 6 sekolah ini.

Sememangnya usaha pihak sekolah menjadikan dunia siber sebagai landasan ilmu dan maklumat tidak akan berhenti di sini sahaja. Pada masa yang akan datang, saya yakin, AJK laman web SMKE akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi fungsi dan peranan laman web sekolah ini khasnya segmen Tingkatan 6 yang sewajarnya berkembang sejajar dengan perubahan dunia ICT yang kian berubah.

Adalah harapan pihak saya bahawa lebih ramai pelajar tingkatan 6 dapat bermanfaat daripada penggunaan laman web sekolah. Di samping itu, barisan guru-guru diseru agar memberi sokongan dan motivasi lanjut kepada para pelajar untuk menyumbang kepada pembestarian Tingkatan 6 SMK Elopura Sandakan sama ada dari segi P&P dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Basarah Bte Bakar,
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Elopura Sandakan