Slideshow Image 1 Slideshow Image 2 Slideshow Image 3 Slideshow Image 4 Slideshow Image 5

Mesej Pen. Kanan Kurikulum
SMK Elopura Sandakan

En Kwok Chee Yen mula bertugas di SMK Elopura Sandakan pada tahun 2006. Kini, beliau bertugas sebagai Penolong Kanan Kurikulum.

Mesej Khas PK Kurikulum

Selamat datang ke bahagian Kurikulum laman web SMK Elopura Sandakan. Sesungguhnya dengan wujudnya laman web ini, banyak maklumat dan laporan aktiviti yang dianjurkan oleh bahagian kuriklum dapat disebarkan dengan lebih meluas. Para ibubapa dan pelajar bolehlah mendapat maklumat-maklumat dengan mudah melalui laman web ini.

Dalam dunia kini yang semakin berteraskan penggunaan ICT, maka wajarlah juga bagi SMK Elopura Sandakan untuk membudayakan penggunaa ICT dalam pembelajaran & pengajaran dengan lebih jitu lagi.

Adalah menjadi harapan saya bahawa laman web ini akan terus dijadikan sumber para pelajar mempertingkatkan ilmu dan kemahiran mereka dalam mata pelajaran yang mereka belajari di sekolah. Pendedahan kepada dunia siber ini juga sedikit sebanyak akan menyumbang kepada peningkatan penguasaan ICT mereka.

Semoga laman web sekolah akan dijadikan satu portal ilmu bagi peningkatan dan penyebaran ilmu.

Sekian, terima kasih.

Kwok Chee Yen,
Penolong Kanan Kurikulum
SMK Elopura Sandakan