Slideshow Image 1 Slideshow Image 2 Slideshow Image 3 Slideshow Image 4 Slideshow Image 5

Mesej Pen. Kanan KOKUM
SMK Elopura Sandakan

Pn. Aau Fui Lin mula berkhidmat di SMK Elopura Sandakan pada tahun 1996. Beliau pernah bertugas sebagai Penyelia Petang sekolah ini. Pada tahun 2010, beliau dilantik ke jawatan Penolong Kanan Ko-kurikulum.

Mesej Khas PK Kokurikulum

Kewujudan satu bahagian khas untuk Ko-kurikulum di laman web rasmi sekolah merupakan sesuatu perkembangan yang amat dialu-alukan. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa SMK Elopura Sandakan mampu membawa pembaharuan secara ‘bestari’. Para murid dan ibu bapa dapatlah menggunakan laman web ini untuk mengetahui secara khusus aktiviti-aktiviti serta program-program ko-kurikulum sekolah.

Sudahnya pasti bahawa usaha menjadikan dunia siber sebagai landasan ilmu dan maklumat tidak akan berhenti di sini sahaja. Pada masa yang akan datang, saya yakin, laman web ini akan berkembang lagi agar murid-murid dan para ibu bapa dapat didedahkan dengan lebih lanjut lagi fungsi setiap unit dibawah bahagian Ko-kurikulum. Laporan aktiviti-aktiviti terkini turut dimuatkan dalam laman web agar memberi motivasi kepada mereka yang terlibat secara langsung dan memberi dorongan kepada mereka yang belum lagi aktif dalam unit masing-masing.

Adalah harapan pihak saya bahawa lebih ramai murid memberi perhatian kepada kehadiran dan penglibatan masing-masing dalam aktiviti Ko-kurikulum masing-masing sama ada unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan. Usaha mereka akan dihargai dan dengan adanya laman web ini, pencapaian mereka dapat diraikan bersama secara lebih luas lagi.

Sekian, terima kasih.

Aau Fui Lin,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Elopura Sandakan