Slideshow Image 1 Slideshow Image 2 Slideshow Image 3

Mesej Pen. Kanan HEM
SMK Elopura Sandakan

Encik Alias Che Long bermula bertugas di SMK Elopura Sandakan sejak 1995 lagi. Beliau dilantik ke jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Julia tahun 2011.

Mesej Khas PK Hal Ehwal Murid

Akhirnya laman web SMK Elopura Sandakan yang baru sudah pun dilancarkan secara rasminya. Dengan ini, adalah harapan saya bahawa para murid dapat memanfaatkan penggunaan ICT bagi mendapatkan maklumat terbaru. Bagi bahagian Hal Ehwal Murid khususnya, laman web ini akan dijadikan satu cara di mana maklumat khusus untuk murid akan disebarkan kelak.

Laporan aktiviti-aktiviti bahagian Hal Ehwal Murid akan dipaparkan di lawan web agar murid-murid dapat mengikuti perkembangan semasa sekolah. Ini diharapkan dapat membolehkan para murid dan ibu bapa untuk mendapat maklumat terkini serta menggunakan dunia siber dengan lebih memanfaatkan.

Adalah harapan pihak saya bahawa laman web ini akan terus dibangunkan agar lebih banyak lagi kemudahan yang dapat disalurkan secara atas talian khususnya yang berkaitan dengan kebajikan dan disiplin murid. Harapan saya juga bahawa dengan adanya laman web ini, para ibu bapa yang anak mereka memasuki asrama dapat mengetahui perkembangan sekolah dan justeru itu sedikit sebanyak perkembangan anak-anak mereka.

Sekian, terima kasih.

Raiha Ab Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Elopura Sandakan