Kursus EDUWEB TV
Tarikh: 10-12 Mac 2009
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari | 2:00 – 4:00 petang
Tempat: Makmal Simulasi
Fasilitator: En. Abdullah Abdul Rahman
Kursus ini memperkenalkan kaedah menggunakan Eduweb TV sebagai salah satu daripada bahan P&P. Tujuannya untuk memberikan panduan kepada guru tentang bagaimana untuk menggunakannya. Guru-guru diberikan tunjuk cara:
- Membuat kata laluan
- Memasukkan data
- Mengakses kepada bahan
- Untuk pelajar melihat bahan yang akan dipersembahkan dalam P&P
Sambutan daripada guru bolehlah dikatakan memuaskan kerana hampir separuh saja yang dapat hadir disebabkan kekangan tugas dan komitmen di luar yang kebetulan merupakan minggu yang sibuk di sekolah.
Objektif untuk kursus ini adalah tercapai dan adalah diharapkan supaya guru-guru dapat menggunakannya semaksimum yang mungkin dalam mempelbagaikan lagi dan menambah menarik lagi kaedah P&P di dalam bilik darjah.

























