Kursus Unit Beruniform
Tarikh: 25 Julai 2009
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Jumlah Perserta: 66 orang
Kursus Unit Beruniform 2009 merupakan satu usaha yang dilakukan oleh bahagian Unit Beruniform SMK Elopura Sandakan bagi mengganti Khemah Unit Beruniform Tahunan. Kursus sehari ini adalah lebih berfokus kepada pengukuhan serta perkongsian kemahiran antara kelapan-lapan Unit Beruniform yang terlibat. Unit Beruniform yang menyertai kursus ini terdiri daripada:
- Bulan Sabit Merah
- St John Ambulans
- Pengakap
- Pandu Puteri
- Puteri Islam
- Kadet Remaja Sekolah
- Kadet Polis
- Kadet Bomba
Antara kemahiran-kemahiran yang telah disampaikan dalam kursus ini adalah Pertolongan Cemas Asas, Kawad Kaki, Pembinaan Khemah serta Ikatan Asas dan Kraf tangan. Majlis penutupan bagi kursus ini telah disempurnakan oleh En Erwan Abd Jalil, selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Secara amnya, para peserta telah mendapat pendedahan yang sewajarnya dan mampu berkongsi kemahiran sesama mereka sendiri.




























