Laporan Aktiviti & Berita

Kursus Kepimpinan Siri 1 : Frog Vle



Pada 21 Januari 2017 yang lalu unit kokurikulum SMK ELopura Bestari telah mengadakan “Kursus Kepimpinan Siri 1: Frog Vle” yang bertempat di SMK Elopura Bestari. Kursus ini diadakan untuk memperkenalkan sistem pelaporan akitiviti dalam unit kokurikulum yang berteraskan ICT untuk memantapkan lagi pengurusan kokurikulum. Kursus ini mensasarkan dua orang ahli bagi setiap 10 unit beruniform, 24 kelab dan persatuan dan 11 pasukan sukan dan permainan yang telah didaftarkan di SMK Elopura.

Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan sistem pengurusan unit masing-masing khasnya laporan aktiviti, melahirkan murid yang bertanggungjawab terhadap tugas, meningkatkan suasana yang lebih menarik dalam aktiviti kokurikulum serta memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan ahli.

Pelajar telah dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta pasukan sukan dan permainan. Penceramah bagi kursus ini ialah Puan Chan Yee Ning (kelab & persatuan), Puan Sarjani Salleh (Sukan & permaianan) dan Puan Kamisah Abih (Unit beruniform). Taklimat dan bengkel hanya dapat dilaksanakan selama 4 jam kerana kedaan cuaca yang kurang baik menyebabkan perkhidmatan internet kurang memuaskan. Walau bagaimanpun, tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir kerana berjaya menghasilkan sites bagi unit masing-masing.
Tiga sites terbaik telah dipilih sebagai pemenang, Pasukan Pengakap merupakan pemenang bagi unit beruniform, Persatuan Pelajar Islam pula menjadi pemenang bagi kelab dan persatuan, manakala Pasukan Bola Jaring menjadi pemenang untuk pasukan sukan dan permainan. Setiap peserta dan pemenang diberikan sijil dan cenderahati yang disampaikan oleh Puan Siti Nor binti Mohd Arip selaku Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Elopura.

Sebelum kursus ini berakhir para peserta telah melaksanakan aktiviti lestari iaitu menanam anak pokok menggunakan botol terpakai. Sebanyak 28 anak pokok telah berjaya ditanam. Kesemua anak pokok ini telah diserahkan kepada kakitangan pembersihan sekolah. Kursus berakhir pada pukul 2.00 petang. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah menjayakan kursus kepimpinan siri 1 ini.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.