Laporan Aktiviti & Berita

Karnival Kokurikulum 2010: Perkhemahan & Kawad Berformasi



Perkhemahan Unit Beruniform dan Kawad Berformasi merupakan aktiviti bagi semua unit beruniform di SMK Elopura Sandakan sepanjang Karnival 2010 ini. Aktiviti ini dianjur bersama oleh Kadet Polis dna Kadet Bomba.

30 Julai 2010 (Jumaat)

11:00 pagi

Pada pagi hari Jumaat, satu pasukan daripada Pusat Kokurikulum Daerah Sandakan telah tiba di SMK Elopura Sandakan bagi membuat persiapan bagi aktiviti “Flying Fox” yang akan dijalankan pada petang hari ini. Turut hadir bersama adalah Pn. Pengetua serta Penolong Kanan Kokum serta para guru yang berdedikasi. Para murid Tingkatan 5 dan 6 turut menyumbang tenaga masing-masing bagi memastikan keadaan selamat bagi aktiviti ini kelak.

2:00 petang

Pendaftaran bagi perkhemahan unit beruniform bermula kira-kira jam 2:00 petang di Balai Berhubungan. Para AJK menyediakan pendaftaran bagi para peserta. Para peserta amat bersemangat untuk menyertai perkhemahan tersebut.

3:00 petang

Sesi “Flying Fox” bermula sebaik sahaja kerja pendaftaran selesai. Para jurulatih Pusat Kokurikulum turut mengambil tempat masing-masing secara profesional. Beberapa guru turut hadir bersama. Ahli BSMM turut bersedia untuk bertugas. Para peserta terhibur dan Cik Raiha, Penolong Kanan HEM turut menyertai acara ini bagi mewakili para guru. Sesi ini amat mencabar dan menyeronokan.

5:00 petang

Setiap pasukan mendirikan khemah masing-masing di tapak yang telah ditetapkan. Walaupun cuaca kurang memuaskan, ini tidak menghalang setiap pasukan daripada membina ‘kampung perkhemahan’ masing-masing.

6:00 petang

Peserta-peserta perkhemahan dicabar untuk menyediakan makanan masing-masing. Masakan ‘Rimba’ merupakan salah satu cabaran bagi melatih para peserta untuk berdikari.

31 Julai 2010 (Sabtu)

2:00 petang

Peserta-peserta perkhemahan meneruskan cabaran mereka menerusi aktiviti larian berhalangan. Setiap pasukan akan diuji dari segi kerjasama dan ketahanan fizikal dan mental dalam setiap stesen halangan yang mereka lalui. Menerusi aktiviti sedemikian, adalah diharapkan agar para pelajar dapat memupuk sikap tidak mudah mengalah.