Laporan Aktiviti & Berita

Pembentangan Hasil Satu Laman Satu Pasukan



Projek Satu Laman Satu Pasukan telah dilaksanakan sejak semester pertama bagi tahun 2010 dibawah koordinasi Setiausaha Kokurikulum berserta pasukannya. Sempena Karnival Kokurikulum 2010, projek ini sampai ke kemuncaknya dengan suatu pembentangan hasil akhir.

30 Julai 2010 (Jumaat)

Tepat jam 2.00 petang, berlangsunglah pembentangan hasil bagi projek ‘Satu Laman Satu Pasukan’ bertempatĀ  di Dewan Persona. Turut hadir adalah semua murid Tingkatan 2 sebagai penonton serta penyokong kepada pasukan masing-masing. Setiap unit beruniform diberi masa selama 10 minit maksimum bagi tujuan pembentangan mereka.

Panel Hakim diketuaiĀ  En. Kwok Chee Yen, Penolong Kanan Kurikulum bersama-sama barisan Ketua Bidang, Guru Kaunselor dan guru-guru lain.