Laporan Aktiviti & Berita

Sifar Aedes, Sifar Denggi



Tarikh: 11 Feb 2010

Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Unit Kesihatan SMK Elopura Sandakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Bahagian Sandakan menganjurkan satu ceramah bertajuk ‘Sifar Aedes, Sifar Denggi‘ demi mendedahkan para pelajar tentang wabak Demam Denggi. Seramai 23 anggota dari Jabatan Kesihatan Bahagian Sandakan mengunjungi sekolah.

Penceramah jemputan, Encik Wan Yusri memberi ceramah pencegahan pembiakan nyamuk aedes. Para pelajar diberi pendedahan mengenai cara nyamuk aedes membiak serta cara untuk mencegahnya.

Pelajar-pelajar turut ditunjukajar cara membezakan dua jenis nyamuk aedes serta waktu mereka bergiat. Pada masa yang sama, mereka diberi peluang untuk menyaksikan satu pameran ringkas serta demonstrasi semburan penghabusan nyamuk aedes dewasa.

Kempen Sifar Aedes, Sifar Denggi disempurnakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para tetamu. Encik Kwok Chee Yen, Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan sijil tersebut kepada Encik Wan Yusri.